Rozie Othman

Rasnah binti Othman atau lebih dikenali sebagai Rozie Othman adalah pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia. Kerjaya lakonannya bermula pada tahun 1983 melalui filem Di Ambang Kasih arahan Allahyarham M. Amin.[1]. Rozie juga pernah menjayakan watak empat janda bersahabat baik; bersama Uji Rashid, Khatijah Tan dan Raja Noor Baizura dalam sebuah slot cerekarama TV3 berjudul Abang Muda sekitar tahun 1996.Selain berlakon, Rozie turut menubuhkan syarikat produksinya sendiri, SRS Production pada 2005. Antara drama terbitan SRS Production ialah Di Saat Kau Ucapkan, Lara Maisara dan Hati Mengerti.[2]

Rozie Othman

Pekerjaan
  • Pelakon
  • Penerbit televisyen
Anak 2
Tahun aktif 1983–sekarang
Terkenal kerana Cik Embon dalam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel
Datin Rocky dalam Astana Idaman
Kelahiran Rasnah binti Othman
Pantai Dalam, Kuala Lumpur, Malaysia